ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

ZAINAL BIN MD NADZRI
PENGERUSI
Encik Zainal mempunyai pengalaman kerja selama melebihi 30 tahun di dalam institusi perbankan. Pengalaman beliau merangkumi bertanggungjawab menyelaras operasi sokongan IT di pusat Operasi Global, menyatukan semua sokongan “backend” dalam pembangunan perbankan perniagaan dan membantu pasukan pemasaran dalam perbankan maya. Pengalaman ini termasuk penglibatan terus di dalam semua bidang dan juga pengurusan peringkat kanan.
Beliau juga pernah menjadi seorang usahawan di dalam bidang makanan dan menguruskan satu lot kiosk yang menjual makanan western dan produk kesihatan. Beliau mempunyai kepakaran dalan menjalankan pembentangan perniagaan untuk program mata wang kripto.
Di sepanjang kerjaya beliau, beliau juga ada terlibat di dalam perniagaan rangkaian (Networking Business) sejak tahun 2010 sehingga 2021 dan sekarang hanya fokus untuk mengembangkan perniagaan Koperasi di peringkat global.
BADARUDIN BIN BAKAR
SETIAUSAHA
Encik Badarudin mempunyai pengalaman kerja selama melebihi 15 tahun di dalam industri swasta. Pengalaman beliau merangkumi operasi perkilangan melibatkan pengeluaran, kualiti, bidang industri insuran dan juga pemasaran dan jualan. Pengalaman beliau termasuk penglibatan terus di dalam semua bidang dan juga pengurusan peringkat kanan termasuk sebagai konsultan.
Beliau juga pernah dilantik menjadi sebagai salah seorang konsultan pemasaran dan jualan selama 10 tahun di dalam sebuah syarikat tempatan yang mengeluarkan produk kopi dan juga produk kesihatan bagi pasaran tempatan dan juga di Indonesia.
Beliau masih terlibat aktif di dalam perniagaan rangkaian (Networking Business) sejak tahun 2010 sehingga kini dan mempunyai rangkaian dengan jumlah ahli dianggarkan seramai melebihi 150,000 orang.


MOHD GHAZALLI BIN BAHAURUDEEN
BENDAHARI
Encik Ghazalli mempunyai pengalaman kerja selama melebihi 24 tahun di dalam industri kilang swasta UNITRADE SDN BHD. Pengalaman beliau merangkumi operasi perkilangan melibatkan pengeluaran, kualiti, bidang industri insuran dan jualan. Pengalaman beliau termasuk penglibatan terus di dalam semua bidang dan juga pengurusan peringkat pembantu pengurus.
Beliau juga pernah dilantik menjadi sebagai salah seorang pengurus hotel selama 3 tahun di sebuah hotel di Langkawi.
Beliau pernah terlibat aktif di dalam perniagaan rangkaian (Networking Business) sejak tahun 2013 sehingga 2020 dan mempunyai rangkaian dengan jumlah ahli dianggarkan seramai melebihi 10,000 orang.

MUHAMMAD AZMI BIN KHALID
ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI 2023-2024

MOHAMAD AZLAN BIN NORANI
ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI 2023-2024

MOHAMAD ZHAHRAN BIN SAMSUDDIN
ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI 2023-2024

NUR SYAFINAZ BINTI KAMARUDIN
PENGURUS TADBIR

Koperasi Usahawan Alam Shah Berhad
No 23-1, Jalan PJS 5/30
Pusat Dagangan Petaling Jaya Selatan,
46150, Petaling Jaya,
Selangor